Sunday, March 23, 2014
Precious School 宝贝学校 Sekolah Permata Tersayang
Konsep
1. Menyediakan tempat belajar yang selesa dan ceria untuk kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Permata Tersayang.
2. Kurikulum di Sekolah Rendah Permata Tersayang lebih fleksibel untuk memperbaiki tahap pendidikan
akademik, sahsiah yang baik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, meningkatkan kefasihan
berbahasa serta menyemaikan nilai moral dalam jiwa pelajar.
Rasional Penubuhan Sekolah Rendah Permata Tersayang
Pendidikan kanak-kanak di pertubuhan ini adalah tanggungjawab yang berat bagi lembaga pengelola Pertubuhan Kebajikan Permata Tersayang (PKPT) dan juga tuntutan masyarakat yang membuat sumbangan kepada pertubuhan ini.
Pihak lembaga pengelola Pertubuhan Kebajikan Permata Tersayang (PKPT) hendak memaklumkan bahawa kanak-kanak pertubuhan ini adalah kanak-kanak yang bermasalah (problematic children) baik dari segi pelajaran, mental, fizikal, atau asas kehidupan dan kemahiran beliau.
Oleh sebab kanak-kanak pertubuhan ini kebanyakan tidak mempunyai pendidikan yang asas mengikut umur, jadi apabila pihak pertubuhan menghantar mereka ke sekolah bantuan kerajaan, mereka tidak boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah yang belajar. Ini menyebabkan mereka ditinggal begitu sahaja dan kanak-kanak tersebut tidak mendapat perhatian dan penjagaan guru di sekolah.
Pendek kata, kanak-kanak yang tertinggal ini tidak mempunyai pendidikan yang setaraf dengan murid yang lain yang menyebabkan mereka terpinggir dalam golongan pelajar sekolah. Untuk menyelesaikan masalah ini, pihak Pertubuhan Kebajikan Permata Tersayang (PKPT) telah membuat keputusan menubuhkan sebuah sekolah untuk mendidik mereka mengikuti sistem penidikan yang asas dan keperluan yang bersetaraf dengan sekolah bantuan kerajaan.
Dengan penubuhan sekolah ini, kami dapat mendidik kanak-kanak dengan cara yang praktikal dan realistik. Maka, penubuhan sekolah ini dapat mencapai dan menghasilkan pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkemampuan asas supaya beliau boleh meneruskan pelajaran dengan lebih mantap di sekolah menegah kerajaan pada masa depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment